Serangan Pengganas | 132 orang awam disahkan terbunuh

2022-06-21 0

Wilayah Sahel menyaksikan tragedi berdarah apabila lebih 130 orang awam terbunuh disyaki akibat serangan pemberontak di beberapa perkampungan di Bankass di Mali, sebuah negara di Barat Afrika.

Pihak berkuasa melaporkan ia adalah pembunuhan sistematik lelaki bersenjata melibatkan bandar Diallassagou dan dua bandar lain di lingkaran Bankass yang menjadi sarang keganasan sejak sekian lama.